Belajar Moomoo
0 / 7 modul selesai0%

Panduan Moomoo • Modul 0

Modul 0: Buka akaun moomoo MY

Anggaran masa baca: 5 minit

Hasil modul ni:

akaun aktif, dana dah masuk, W-8BEN siap. Boleh siap dalam 1 hari bekerja.

Siapa layak

  • Umur 18 tahun ke atas
  • Pemastautin sah Malaysia dengan alamat tempatan

Sediakan dulu

  • MyKad (warga asing: pasport + bukti tempat tinggal di Malaysia)
  • Maklumat pekerjaan, tax dan kewangan
  • Bukti alamat, kalau alamat rumah tak sama dengan alamat dalam IC

Langkah buka akaun

  1. Download app moomoo, daftar guna nombor telefon (+60) dan verify OTP

    [SCREENSHOT: skrin daftar]

  2. Tekan Open Account, isi butiran peribadi dan kewangan

    [SCREENSHOT: Open Account]

  3. eKYC: scan MyKad dan buat imbasan muka

    [SCREENSHOT: eKYC]

  4. Tunggu kelulusan, biasanya dalam 1 hari bekerja

Deposit

CaraMasaFeeNota
FPX Express DepositBiasanya 5 minitPercumaHad RM30,000 setiap transaksi
GXBank Express DepositBiasanya 5 minitPercumaUntuk pengguna GXBank
Bank transfer biasaLebih lamaIkut bankKena upload bukti transfer

Laluan FPX dalam app: Accounts > Transfers > Deposit > FPX Express Deposit, pilih bank, masukkan amaun, login bank dan sahkan.

[SCREENSHOT: FPX deposit]

Tukar MYR ke USD

Deposit masuk dalam MYR; tak boleh deposit USD terus. Untuk beli saham US, tukar dulu dalam app: Trade > Currency Exchange, pilih mata wang dan amaun.

[SCREENSHOT: Currency Exchange]

  • Moomoo guna kadar masa nyata bank dan tak siarkan spread. Kadar mungkin sedikit kurang baik berbanding servis macam Wise.
  • Tip: tukar dalam jumlah besar sekali-sekala, bukan sikit-sikit setiap trade.

W-8BEN

  • Wajib untuk semua orang Malaysia yang beli saham US; isi sekali dalam app.
  • Sah sampai hujung tahun ketiga selepas tandatangan, lepas tu kena renew.
  • Malaysia tiada perjanjian tax dividen dengan US, jadi dividen US tetap dipotong 30%. W-8BEN TAK turunkan ke 15% (ramai blog salah fakta ni).
  • Untung jual saham (capital gain) tak kena tax US untuk bukan warga US.

Belum ada akaun? Buka sekarang

Buka akaun moomoo