Tentang Nota Saham
Pendidikan trading berstruktur untuk membina ilmu, kemahiran analisis dan disiplin dalam membuat keputusan sendiri.

NotaSaham is a trading education and technical analysis brand operated by UF NETWORK, a business registered in Malaysia (SSM: 202503171218 / 003744875-X).
Nota Saham adalah platform pembelajaran trading untuk retail trader Malaysia. Bermula sebagai nota peribadi, ia berkembang menjadi komuniti dan ekosistem pembelajaran yang fokus kepada framework, screening, dan risk management.
Nota Saham membantu trader memahami pasaran melalui pendidikan praktikal dalam analisis teknikal, pembacaan carta, teknik screening dan psikologi trading. Pembelajaran kami mengutamakan ilmu dan disiplin serta pengurusan risiko untuk membina trading plan sendiri.
Falsafah kami mudah: belajar dengan ilmu dan disiplin. Bina proses analisis yang boleh dikaji, diuji dan diperbaiki. Fahami risiko serta buat keputusan trading secara berdikari berdasarkan kajian sendiri.
Bantu retail trader Malaysia bina sistem trading sendiri.
Analisis teknikal, psikologi, screening dan pengurusan risiko.
Modul berstruktur, rakaman, dan komuniti.
Capital preservation sebelum keuntungan.
